Tuesday, November 29, 2011

Iman adalah mutiara

Raihan - Iman Mutiara

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah


Cuti...dimana anda??


Asslalmualaikum...cuti memang seronok.. time2 cuti la ade kenduri kahwin, kawan-kawan lama bertemu, beristirahat bersama keluarga, bersantai di tempat2 percutian, dan banyak lagi aktiviti2 yg dijalankan sepanjang cuti..


Seronok tu memang la seronok, tapi jangan kita alpa dengan keseronokan cuti.. bukan bermakna cuti ni untuk kita enjoy sepuasnya.. tp masa cuti inilah kita bermuhasabah dan mencari kesilapan tentang apa yang kita lakukan sebelum ni justeru terus memperbaiki diri untuk menghadapi masa akan datang..

Seorang muslim/muslimah yang sejati mempergunakan asa yang ada sebaik nya pada tempat nya. Masa yang dikurniakan amatlah bernilai lebih2 lagi pada masa muda, masa dimana banyak perkara yang kita boleh lakukan.

Oleh itu pesanan dari sy untuk sy dan sahabat2 agar kita bermuhasabah dan menggunakan masa sebaiknya untuk mendapat kerdhaan Allah..Ambillah intipati dar surah Al-Asr yang menerangkan betapa pentingnya masa kepada kita..

masa cuti ni lah kita berpeluang untuk menambah ilmu agama agar hati dan diri kita sentiasa diasah dengan ilmu supaya dengan adanya ilmu Insyaallah kita akan mendapat keredhaan Allah...^_^


Friday, August 26, 2011

Ihya' Ramadhan 2

Assalam....maaf sebab xdapat update entry sepanjang bulan puasa nie...banyak event berlaku sepanjang puasa tp xsempat update..alhamdulillah ana ade kesempatan tok share pe yg berlaku sepanjang ramadhan ni...firstly nak share, imam muda Palastin (cewah) datang MICET dengan tujuan sharing and kutip some donation tok rakyat Palastin disana.

hebat imam nya, hafiz Quran sejak umar 18 tahun, mula belajar al quran sejak 5 tahun...bila dibandingkan umur, sebaya dengan ana tapi sangat berbeza keadaaan nya, bayang kan hidup mereka sentiasa dengan Al-quran, yg kita nie, asyik dengan keseronokan dunia..Masyaallah..kerdilnya ana terasa bila dibandingkan dengan imam Palastin tu..

Oh ya, namanya lau xsilap shuhaib..amek deg in electrical kt jordan, die duduk jordans sejak dihalau dari kampung halamannya di Ramallah...so tu je dulu sharing tok kali ni, nti ana cerita lg...


Selamat datang...
Bersama Haluan


Best part..iftar.....!



Sunday, July 31, 2011

Ihya' Ramadhan

Assalamualaikum,,salam ramadhan..alhamdulillah, tiba lagi bulan Ramadhan untuk tahun 2011, semoga Ramadhan kali ini penuh dengan rahmat untuk di kongsi bersama.
Poster Ihya Ramadhan

Entry kali ni ana xnak la cite panjg2,juz nak inform apa yang ana lakukan di kampus..huhu

Tahun ni ana kendalikan program Ihya Ramadhan, program tahunan yang menjadi acara wajib tahunan MICET nie..

Antara program yang ada ialah tadarus Quran, khatam Quran, berbuka puasa di surau, nuzul Quran, khatam Quran, n tarawikh  perdana...bez...ade jgk pertandingn mcm nasyid n khat yg dirancang bg memeiahkan bulan Ramadhan kali ni

Ana sgt berharap agar program tahun ni berjaya dan mencapai matlamat yang ditetapkan..so far insyaallah ana akan update apa yg di lakukan sepanjang bulan Ramadhan kali...
Sekian, wassalam

Tuesday, July 5, 2011

Asal Usul Dosa

Assalamualaikum..lama xberblog..Alhamdulillah, ana diberi peluang buka blog ni tok berkongsi sikit ilmu yg ana ada..so tok entry kali ni, ana nak berkongsi tentang asal masaul dosa..


Penawar dan Penyakitnya,
before dat, ana nak terangkan sikt buku yg ana rujuk,buku ini berjudul penyaki dan penawarnya, jilid ke-2 karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.dan disemak oleh Datuk HASSAN din Al-Hafiz. Buku ni menfokuskan tentang dosa dengan lebih mendalam, pembahagiannya, dan juga tahap2 untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tu sikit pengenalan, so entry kali ni nak citer r sikit tentang apa itu dosa??


Terdapat beberapa tingkatan dosa mengikut tahap dan tingkatan dosa tersebut dan hukuman juga bergantung terhadap jenis dosa yg dilakukan. Contohnya, dosa mencuri ialah tangannya yang mencuri di potong, namun jika sesorang itu mensyirikkan Allah dengan sesuatu, taubatnya tidak akan diterima..Bab tingkatan dosa ni insyaallah ana akan kongsi di lain kali..


Asal Usul Dosa


Pada dasarnya dosa terbahagi kepada 2 jenis, 

  1.   Meninggal kan apa yang diperintahkan
  2.   Melakukan apa yang dilarang
Titik tolak dosa ini lahir daripada peristiwa sejak Nabi Adam dilahirkan, semasa semua malaikat dan syaitan diarahkan sujud kepada nabi Adam. Allah menguji syaitan dalam peristiwa tersebut seperti yang telah dirakamkan dalam Al-Quran dalam surah Al -Baqarah ayat 34 Yang bermaksud “ Dan dikala kami berkata kepada para Malaikat: “ Bersujudlah kamu kepada Adam  maka sujudlah mereka semua kecuali Ibilis ( azazil ) ia tidak mahu sujud serta berlaku sombong dan jadilah dia daripada orang yang kafir” 

Dari sinilah istilah dosa bermula...Pada asas nya dosa terbahagi menurut penafsiran tempatnya. Secara zahirnya dosa tercermin pada anggota tubuh dan secara batiniah berlaku dalam hati.Dosa2 yang berlaku akan dihitung sama ada melanggar hak manusia atau Allah. Setiap hak manusia juga mengandungi  hak Allah. Namun perkara itu disebut dengan hak manusia kerana manusia satu sama lain wajib membalasnya. Dosa sperti ini boleh gugur pabila digugurkan..

Semoga perkongsian ini dapatlah ana mengingtkan diri sendiri dan juga menyampai ilmu xseberapa agar ilmu yang kita kongsikan mampu melahirkan semangat kecintaan kepada Allah, insyaAllah... untuk entry akan akan ana akan cuba sampai kan tentang jenis2 dosa, jenis dosa besar, dan amalan2 yang menghapuskan dosa....doakan ana untuk berkemampuan terus menulis untuk berkongsi ilmu bermanfaat bersama..Sekian, wassalam.. 

Thursday, May 26, 2011

Tips tingkatkan metabolisma badan anda

Salam...wah..cuti2 ni mesti xbnyk bende nak wat kan2??..maka, bile da xtau nak wat pe, kalori2 dalam badan pon bertambah..haha. So dalam post ni kite nak citer sikit tips nak kurangkan kalori dalam badan kite..huk2..ce citer ce citer ^_^
Di bawah ini adalah tambahan cara Untuk Naikkan Metabolisme Kita, 
iaitu makanan dan minuman yang mampu merangsang metabolisme antaranya:

* Menambah cili atau mustard dalam makanan akan membantu membakar 
sehingga 12 peratus kalori.

* Lima cawan teh hijau sehari juga dipercayai merangsang metabolisme 
dan membakar 100 kalori sehari.

* Amalkan susu soya, tauhu dan kacang soya dalam pemakanan harian. 
Ia mengandungi oestrogen yang membantu menseimbangkan perubahan hormon 
yang boleh menyebabkan kelaparan.

* Pentingkan makanan kaya protein setiap kali mengambil makanan 
untuk mengekalkan rasa kenyang dan juga melawan perubahan mood yang 
boleh menimbulkan rasa lapar.

* Cuba minum susu dan makan telur semasa bersarapan; tuna, salmon, 
kekacang dan ayam untuk makan tengah hari; daging merah tipis atau 
produk berasaskan soya bagi makan malam.

* Amalkan makan kekacang antara makan tengah hari dan minum petang. 
Badam boleh merangsang kalsium yang diperlukan untuk pembentukan 
tulang dan vitamin E bagi mendapatkan kulit yang berkualiti dan 
cantik selain membantu mengawal berat badan.

* Beri perhatian kepada makanan yang kaya dengn nutrisi dan 
jangan ‘bazirkan’ kalori anda untuk makanan yang tidak mampu 
merangsang nutrisi penting untuk badan.

* Tukar diet bebas lemak dan karbohidrat kepada diet sihat yang 
seimbang dengan mengawal peratusan makanan yang diambil.

Bina piramid pemakanan anda terdiri daripada 40 peratus karbohidrat 
kompleks, 30 peratus protein dan 30 peratus lemak sihat.

so,bile metabolisme meningkat, kadar kalori badan kite akan berkurang..so selamat mencuba!!!!

Friday, May 20, 2011

SeJaUh MaNa TaHaP SoLaT KiTa



(dipetik dan diedit dari ‘iluvislam’ utk dikongsi bersama)
Mengapa ibadah sembahyang tidak membangunkan insan?
            Dalam membaiki diri, kita nilaikan solat kita. Nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu segala permasalahan dan permintaan kita daripadaNYA. Ini juga gambaran secara keseluruhannya mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
 




GOLONGAN  PERTAMA
            Hari ini kita boleh lihat ramai umat islam tidak solat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak solat; mereka telah jatuh kafir dan jatuh saham mereka di akhirat. Imam Malik berkata, jatuh kafir kalau tidak solat tanpa sebab. Imam Syafie berkata jatuh fasik (juga masuk neraka) kalau dia masih yakin solat itu fardhu ain iaitu wajib untuk dilaksanakan bagi setiap umat islam.
GOLONGAN KEDUA
            Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja, bacaan tidak betul, tidak ikut tajwid, taqlid buta, main ikut-ikut sahaja. Asal kawan ajak solat, pada masa itu jugak dia mahu solat. Kalau kawannya tidak Nampak, dia pasti tidak akan melakukannya. Belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi pun tidak ada. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah. Na’uzubillahimin zalik…
GOLONGAN KETIGA
            Orang yang mengerjakan solat dan tahu ilmu mengenainya, tetapi gagal melawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Mereka ini sekejap solat, sekajap tidak. Kalau ada masa dan mood baik dia akan solat. Tetapi kalau sibuk, ada program kenduri, pest aria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka dia tak solat. Orang ini jatuh fasiq.
GOLONGAN KEEMPAT
            Orang yang solat, kalau pun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tidak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya. Lafaznya banyak yang tidak faham, fikirannya tidak terpuat atau tertumpu sepenuhnya pada solat yang dilaksanakannya kerana tidak faham apa yang dibaca. Cuma hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam solat yang didirikan. Orang ini lalai. Neraka wail bagi orang jenis ini. Kita akan bincangkan mengenai golongan ini kemudian.
GOLONGAN KELIMA
            Mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tidak dihayati maksud dalam solat. Fikirannya melayang mengingatkan perkara dunia. Golongan ini dikategorikan sebagai solat awwamul muslimin.
GOLONGAN KEENAM
            Golongan ini baik sedikit dari golongan yang kelima, tetapi main tarik tali dalam solat, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu dalam solat, terus terbawa-terbawa dan berkhayal. Bila teringat Allah secara tiba-tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solatnya. Begitulah sehingga selesai solatnya. Dia merintih dan tidak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Ini adalah golongan berjiwa lemah. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tidak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima Allah, mana yang lalai itu semoga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai solat itu.
GOLONGAN KETUJUH
            Golongan yang mengerjakan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawadengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan di luar solat tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya, namun tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solatnya. Dia disebut soleh, abrar ataupun ashabul yamin yakni orang golongan kanan yang akan mendapat kitab amalannya di akhirat kelak dengan tangan kanan.
GOLONGAN KELAPAN
            Golongan ini seperti juga golongan ketujuh, tetapi mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan sahaja faham dan tidak mengingati dunia dalam solatnya, malahan dia dapat menghayati setiap maksud bacaan solatnya itu dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tidak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Namun dia masih sedar dengan alam sekelinlingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam solatnya. Inilah golongan Muqorrobin (Yang hampir dengan Allah).

GOLONGAN KESEMBILAN
            Ini merupakan golongan tertinggi. Bukan sahaja ibadah solat itu dijiwai dalam solatnya, malah ia dapat mempengaruhi di luar solat. Kalau dia bermasalah, langsung di solat kerana dia yakin solat penyelesai segala masalah. Dia telah fana dengan solat. Solat telah jadi penyejuk hatinya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
            Jadi marilah kita sama-sama renungkan, dimanakah kedudukan solat kita sebenarnya?? Adakah kita tergolong pada golongan ketujuh hingga kesembilan?? Layakkah kita?? Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah bersama. Selagi Allah memberi kita nikmat tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang cerdas, nikmat nyawa dan pelbagai lagi nikmat yang DIA berikan sehingga tidak terhitung nilainya, kita masih diberi masa untuk berubah dan mengubah diri kita yang tidak betul ini. Masih ada lagi peluang, jangan biarkan azam kita itu tertangguh hanya kerana duniawi, kerna jika ia terlepas begitu sahaja, maka payahlah kita untuk mendapatkannya semula. Biarlah detik dan waktu ketika ini menjadikan azam kita itu boleh terlaksana.. sama-samalah kita mengubah diri kita.. ‘Ya Allah, Ya Tuhanku, berilah petunjuk hidayahmu, tunjukkanlah hambamu yang hina dina ini ke jalan yang engkau redhoi, kurniakanlah hambamu yang lemah ini dengan kekhusyukan untuk mendekatkan diri padaMU Ya Robbi, dan ampunkanlah dosa-dosa hambamu ini, sesunggunya Engkaulah Yang Maha Pengampun Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..’ AMIN YA ROBBAL ‘ALAMIN……..

Thursday, May 19, 2011

Hari Yang Ceria


Detox Foot Patch


Buang toksin semasa tidur. Pengajian perubatan Jepun telah mendapati rahsia cuka buluh(bamboo vinegar) yang mempunyai kefungsian penyembuhan dan detoksifikasi pada tubuh.Gunakan foot patch dengan melekatkan foot patch pada telapak kaki anda sebelum tidur dan proses detoksifikasi pada tubuh akan berlaku semasa tidur. Gunakan foot patch untuk pembuangan toxin dan dalam masa yang sama memberi kesihatan yang baik kepada anda!

Selepas penyelidikan intensif selama 28 tahun, pakar-pakar perubatan Jepun telah membuktikan bahawa getah daripada pokok oak and birch mempunyai kesan-kesan detoksifikasi yang istimewa. Getah ini diekstrak dan diproses pada suhu tinggi bersama bahan-bahan semulajadi lain, dihancurkan menjadi serbuk dan dibungkus dalam uncang pelekat detoksifikasi untuk membaik pulih kesihatan pada abad ini.

Mengikut teori perubatan China, terdapat lebih daripada 360 titik akupuntur pada tubuh badan manusia. 62 daripada kesemua titik akupuntur manusia terletak pada tapak kaki (dikenali sebagai jantung kedua manusia), di mana ia juga merupakan titik tumpuan bagi pelbagai jenis toksin.

Kesan-kesan hebat pelekat detoksifikasi pada tapak kaki telah diiktiraf oleh pakar-pakar perubatan Jepun. Kesan penggunaan yang berterusan selama 30 hari, menghasilkan warna pada pelekat pudar secara berperingkat dengan pengurangan kelembapan dan tanpa bau busuk. Ini membuktikan keberkesanan pelekat detoksifikasi telah menyerap toksin dan lemak yang terdapat di dalam tubuh badan manusia melalui liang-liang peluh pada tapak kaki. Di samping itu, pemakai juga akan dapat merasai kesan penyahtoksinan dan pelansingan dengan selamat

Kenapa anda mengambil ubatan yang pelbagai sedangkan toksin penyebab kepada segala penyakit anda. Apabila toksin toksin tiada, sistem dalam badan akan proses badan anda agar kembali normal dan sihat secara semulajadi!

Doktor percaya bahawa toksin yang terkumpul di dalam tubuh dan bukannya kuman adalah penyebab utama penyakit.

Bakteria dan patogen hanya akan menjejaskan kesihatan kita jika terlalu banyak toksin di dalam tubuh kita. Hal itu menyebabkan badan lemah dan kurangnya daya tahan.


Fungsi-fungsi produk ini :

-meningkatkan sirkulasi darah
-melangsingkan berat badan
-memperbaiki kesihatan badan
-meningkatkan kualiti tidur
-mencegah penuaan
-mencantikan kulit
-detokfikasi pada tubuh



Cara-cara memakai:

1.Buka pelekat.
2.Lekatkan bahagian yang bertulis di pelekat.
3.Pastikan bahagian yang berherba menghadap telapak kaki anda.
4.Masa penggunaan:minumum 4 jam, maksimum 8 jam .


Siapa nak wat tempahan bole contact at fadzli_razak@yahoo.com or call/mesej 013-5993981

harga bole nego..^_^

Wednesday, May 18, 2011

Detox Foot Patch

Salam....ini bisnes aku sekarang..huhu..try2 je.. aku jual foot pacth baru lagi, so kat entry kali ni nak cerita sikit la nape aku berminat dengan bende nie..
Fungsi utama foot patch ni untuk nyahtoksin dalam badan, dipakai semasa tidur lebih kurang 5 - 8jam. kesannya nanti akan ada bende hitam di foot patch tu.. so makna nya toksin da kuar..kesan lainnya nampak segar sikit masa bgun tido n rasa ringan time bangun tue..but depend pada org la..tu basic la, next entry ak citer kesan jangka panjang pulak..
Apa yang aku btau ni aku tau korg sush nak caya..so i bring some facts..basic facts..(nak detail aku xpham sangat)..untuk info, patch ni ade estract buluh,sbg bahan utama. buluh berfungsi sama seperti activated carbon yg berfungsi adsorp chemical n what most interesting part is buluh antara most adsorption material..so, toksin dalam badan akan diserap terus ke foot patch tue..dat y foot patch ni boleh nyahtoksin dari badan..(ni yg aku tulis ape yg ak ingt, lau nak tau lg bole la google somewhere,hehe)
for now, ak ade jual footpatch secara borong (more than 99)..boleh dapatkan dengan harga Rm0.80 sekeping..not include posting, more than 500 kite bole discuss better price...
contact me at:
013-5993981

Sunday, April 24, 2011

Cerita Sebuah Kereta Toyota


Assalam...ari ni inginku bercerita tentang penciptaan sebuah kereta Toyota....tetibe je an.huhu...Alkisahnya begini, ada sebuah kilang Toyota ingin mencipta sebuah kereta yang bermanfaat dan sempurna..Jadi kereta pon dicipta...dengan sempurnanya..kemudian dipanggil lagi engineer2 yg mahir untuk menambahbaik kereta yg sedia ada tersebut, setiap engineer telah mempelajari setiap spec yg ada pada kereta tersebut dari segi luaran dan dalaman kereta itu.. kemudian kereta itu dihantar ke kedai untuk dijual...kita sebagai pembeli pon hendak beli kereta itu,kita tanyalah salesman tentang kereta tu dan setelah penerangan lanjut tentang pemakaian kereta itu dan diberi buku manual sebagai guideline tok kita rujuk..kereta itu di jamin mampu bertahan sehingga 20 tahun jika digunakan dengan baik..apabila kita dpat kete tue, kita pon happy la n bawak kerete tersebut kemana2.. namum kita xjaga kerete yg kita beli dan xbuat maintenance yang salesmen pernah cakap dulu.. kita xtukar minyak hitam setiap 3 bulan, x tukar tayar bila haus, isi dengan minyak masak kat tank minyak dan macam2..kemudian sebelum 20 tahun, kereta kita tue rosak..


So, apa yang saya nak sampaikan ialah, cube kita katakan kereta tu ibarat manusia, Allah da ciptakan manusia sebaik2 kejadian,. cukup sempurna untuk jalankan kewajiban sebagai khalifa Allah.. kita ibaratkan engineer tu para rasul kita..rasul kita telah mengajar banyak tentang kehidupan manusia.Para anbia da beri panduan untuk kita teladani. begitu juga dengan dengan kitab2 Allah yang diturnkan kepada anbia sebgai pedoman untuk kita dan rujukan kita sewaktu ketiadaan nabi...

walau sempurnanya penciptaan manusia, kita tetap alpa untuk menjaga diri kita, jarang sekali kita'refresh' iman kita dengan melaksanakan apa yg diperintahkan oleh Allah... Oleh itu sedarlah diriku ini dan rakan2 sekalian...kita hendaklah sentiasa perkemas kini iman kita supaya dapat kita dapat redha ilahi dan mendapat kenikmatan syurga yg di janjikan Allah..Insyallah....

Friday, March 4, 2011

Peluang perniagaan


Assalamualaikum....
Lama x berblog..kali ni aku nak cerita peluang perniagaan yang aku ceburi n lau bole nak share dengan kamu semua dengan perniagaan yang aku ceburi.

Perniagaan yang aku maksudkan ialah Detox Foot Patch.. aku baru mulakan perniagaan ni n sedang dlam progress. N aku nak promote sekali sesiapa yang berminat nak or nak jual Detox Foot Patch ni bole contact num at 0135993981...kol/sms

Aku jual sekotak dengan harga RM 15, dalam ade 10 keping, means sekeping RM 1.50..
Bagi sesiapa yang nak beli borong aku bole jual dengan RM 1.00 every piece but kene beli 500 above la.. lau lebih 1000 aku bole bagi lagi kurang..bole deal tok dapatkan harga lebih rendah.

So aku recommend sesiapa nak terlibat dalam bisnes ni or nak beli produk contact2 r.. Sebab Foot Patch ni insyallah baik untuk buang toksik dalam badan kita.. N fyi, harga yang aku dapat antara yg terendah pernah aku dapat la...you all bole bgtau lau ade yang lebih murah


k la..setakat tu dulu perkongsian kali nie.. and by time aku akan upload n update any info pasal produk ni... c ya!!

Monday, January 17, 2011

yahudi and nasrani

Kita selalu digembar2kan yang kita patut memusuhi yahudi dan kristian secara keseluruhannya. Adakah kenyataan ini benar dan jelas? benarkah kita ptut bermusuh dengan yahudi dengan kristian walaupun kedua dua agama ini berasal dari agama Allah iaitu agama Samawi?

Ana cari2 jawapan pada persoalan tu dan akhirnya ana ada jumpa jawapan tersebut di dalam al quran dalam surah Al-Maidah ayat 51.. dalam ayat ni Allah ada berfirman mafhumNya "wahai orang yg beriman, jangan lah kamu bersahabat dengan orang yahudi dan nasrani di mana diantara mereka adalah sekutu antara satu sama lain. dan barangsiapa yang bersekutu dengan mereka, maka dia termasuk dalam golongan tersebut, sesungguhnya Allah tidak mununjukkan kaum yang zalim."

ok..apa yang tersirat dalam surah ini? sudah jelas Allah beritau jangan kita bersahabat dengan orang yahudi dan nasrani, tapi adakah Allah menyatakan KESEMUA yahudi dan nasrani? Persoalan tu disambung dalam ayat seterusnya dimana Allah berfirman jgan bersahabat dengan yahudi dan nasrani yang merupakan sekutu masing2..

kalau diperhati sejarah agama yahudi dan kristian, mereka tidak pernah berdamai antara satu sama lain, mengapa? kerana yahudi telah membunuh 'tuhan' kristian (nabi Isa seperti yg didakwa mereka) dan itu merupakan jenayah terbesar bagi umat kristian.. jadi hampir mustahil kristian dapat melupakan detik hitam tersebut dan bersekutu dengan yahudi..

Persoalan sekarang, mengapa hari ini banyak pakatan yahudi-kristian terbentuk? mengapa Bush (yahudi) sangat rapat dengan pope (kristian)?? pelik kan..xkan pope bole lupakan jenayah terbesar yang dilakukan yahudi dulu??..

menjawab kepada persoalan tersebut, sekutu2 yang terbentuk ini bukanlah yahudi dan kristian yang sebenar. mereka hanya mempergunakan kristian dan yahudi untuk menghancurkan agama samawi dalam dunia ni daripada terus dianuti oleh manusia di muka bumi ini...Sekarang yang tinggal hanyalah agama Islam sebagai penunjuk hidup manusia.. Oleh itu kita haruslah sedaya upaya mempertahankan agama Islam daripada terus dipermain musuh Islam

wallahualam.....^_^

Thursday, January 13, 2011

Like a Family


Alhamdulillah, tahun lepas ana kendalikan kursus perkahwinan kali kedua di MICET, tempat ana belajar. event ni tahun lepas bln 10 lebey kurang.. Sangat best, we were being like a family. macam2 perkara berlaku sebelum progrm berlangsung tp syukur ia berjalan dengan jaya nya...

byak jugk la pengalamn menarik ana timba semasa sertai ajk kursus kahwin ni. yang palin xbole blah soket meletup masa masak air..habis satu blok akademik xde lektik..huhu..seb bek ade technician tolong betulkan..

Ana hepi jgk sbab ana rase ajk ana macam famili ana, ana jd 'along',kawan ana jadi 'angah', ade yg jadi 'adik', 'acu' pown ade...seronok....papepon ana belaja yg walau ape rintangan mendatang bukn semestinya kita lari dari masalah, sebaliknya kumpulkan segala kekuatan dan keberanian untuk mengatasi potensi diri kita....

Saturday, January 8, 2011

I'll try my best!!!

hello mr blog.... long time no see..haha

da lama ana xupdate blog ana, sampai ana da lupe ana ade blog...hehe.
tahun nie ana datang kan diri dengan azam baru, nak perbetul apa yang selama ni ana perlu betulkan..tu je nak tulis..insyaalah ana update lg dgn mr .blog ASAP..hehe c ya!