Saturday, August 31, 2013

Rindu

Asslamualaikum....


Lama sangat xberblog..huhu...
Anyway, things in my life has change bit a lot.

Banyak yang aku alami ketika di universiti tidak lagi aku alami.
Rindu pulak rasanya pergi ke kelas bersama kawan, makan sama2 dalam talam,salin nota kawan, buat aktiviti sukan, kelab dll.
Aku rindukan teman yang sentiasa mengingatkan aku pabila aku terlupa, pabila aku terleka.
Aku rindukan perbualan ilmiah bersama sahabat setiap kali berjumpa.
Aku rindukan ukhuwah yang terbina sesama kita.
Aku rindukan kehidupan yang dimana hari esoknya sentiasa teman2 ada disisi aku untuk menempuh sesuatu yg baru.
Ya Allah, aku mohon pada mu datangkanlah teman yang sentiasa mengingatiku, teman yang cintakan aku kerana Allah.
Supaya aku punyai orang yang mampu tegur diriku ketika diri ini lemah dalam mengingatimu Ya - Allah...


Sesungguhnya Engkaulah yang mana penerima doa Ya - Allah, dan Yang Maha pengatur dalam urusan makhluk - Mu YA - ALLAH


Sekian...