Popular Posts

Tuesday, July 5, 2011

Asal Usul Dosa

Assalamualaikum..lama xberblog..Alhamdulillah, ana diberi peluang buka blog ni tok berkongsi sikit ilmu yg ana ada..so tok entry kali ni, ana nak berkongsi tentang asal masaul dosa..


Penawar dan Penyakitnya,
before dat, ana nak terangkan sikt buku yg ana rujuk,buku ini berjudul penyaki dan penawarnya, jilid ke-2 karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.dan disemak oleh Datuk HASSAN din Al-Hafiz. Buku ni menfokuskan tentang dosa dengan lebih mendalam, pembahagiannya, dan juga tahap2 untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tu sikit pengenalan, so entry kali ni nak citer r sikit tentang apa itu dosa??


Terdapat beberapa tingkatan dosa mengikut tahap dan tingkatan dosa tersebut dan hukuman juga bergantung terhadap jenis dosa yg dilakukan. Contohnya, dosa mencuri ialah tangannya yang mencuri di potong, namun jika sesorang itu mensyirikkan Allah dengan sesuatu, taubatnya tidak akan diterima..Bab tingkatan dosa ni insyaallah ana akan kongsi di lain kali..


Asal Usul Dosa


Pada dasarnya dosa terbahagi kepada 2 jenis, 

  1.   Meninggal kan apa yang diperintahkan
  2.   Melakukan apa yang dilarang
Titik tolak dosa ini lahir daripada peristiwa sejak Nabi Adam dilahirkan, semasa semua malaikat dan syaitan diarahkan sujud kepada nabi Adam. Allah menguji syaitan dalam peristiwa tersebut seperti yang telah dirakamkan dalam Al-Quran dalam surah Al -Baqarah ayat 34 Yang bermaksud “ Dan dikala kami berkata kepada para Malaikat: “ Bersujudlah kamu kepada Adam  maka sujudlah mereka semua kecuali Ibilis ( azazil ) ia tidak mahu sujud serta berlaku sombong dan jadilah dia daripada orang yang kafir” 

Dari sinilah istilah dosa bermula...Pada asas nya dosa terbahagi menurut penafsiran tempatnya. Secara zahirnya dosa tercermin pada anggota tubuh dan secara batiniah berlaku dalam hati.Dosa2 yang berlaku akan dihitung sama ada melanggar hak manusia atau Allah. Setiap hak manusia juga mengandungi  hak Allah. Namun perkara itu disebut dengan hak manusia kerana manusia satu sama lain wajib membalasnya. Dosa sperti ini boleh gugur pabila digugurkan..

Semoga perkongsian ini dapatlah ana mengingtkan diri sendiri dan juga menyampai ilmu xseberapa agar ilmu yang kita kongsikan mampu melahirkan semangat kecintaan kepada Allah, insyaAllah... untuk entry akan akan ana akan cuba sampai kan tentang jenis2 dosa, jenis dosa besar, dan amalan2 yang menghapuskan dosa....doakan ana untuk berkemampuan terus menulis untuk berkongsi ilmu bermanfaat bersama..Sekian, wassalam.. 

1 comment:

Akhzan1136 said...

cayalah yb... hurmm... update la yg latest nye... pengalaman jadik abg fasi ker... he2.. =)