Popular Posts

Thursday, May 26, 2011

Tips tingkatkan metabolisma badan anda

Salam...wah..cuti2 ni mesti xbnyk bende nak wat kan2??..maka, bile da xtau nak wat pe, kalori2 dalam badan pon bertambah..haha. So dalam post ni kite nak citer sikit tips nak kurangkan kalori dalam badan kite..huk2..ce citer ce citer ^_^
Di bawah ini adalah tambahan cara Untuk Naikkan Metabolisme Kita, 
iaitu makanan dan minuman yang mampu merangsang metabolisme antaranya:

* Menambah cili atau mustard dalam makanan akan membantu membakar 
sehingga 12 peratus kalori.

* Lima cawan teh hijau sehari juga dipercayai merangsang metabolisme 
dan membakar 100 kalori sehari.

* Amalkan susu soya, tauhu dan kacang soya dalam pemakanan harian. 
Ia mengandungi oestrogen yang membantu menseimbangkan perubahan hormon 
yang boleh menyebabkan kelaparan.

* Pentingkan makanan kaya protein setiap kali mengambil makanan 
untuk mengekalkan rasa kenyang dan juga melawan perubahan mood yang 
boleh menimbulkan rasa lapar.

* Cuba minum susu dan makan telur semasa bersarapan; tuna, salmon, 
kekacang dan ayam untuk makan tengah hari; daging merah tipis atau 
produk berasaskan soya bagi makan malam.

* Amalkan makan kekacang antara makan tengah hari dan minum petang. 
Badam boleh merangsang kalsium yang diperlukan untuk pembentukan 
tulang dan vitamin E bagi mendapatkan kulit yang berkualiti dan 
cantik selain membantu mengawal berat badan.

* Beri perhatian kepada makanan yang kaya dengn nutrisi dan 
jangan ‘bazirkan’ kalori anda untuk makanan yang tidak mampu 
merangsang nutrisi penting untuk badan.

* Tukar diet bebas lemak dan karbohidrat kepada diet sihat yang 
seimbang dengan mengawal peratusan makanan yang diambil.

Bina piramid pemakanan anda terdiri daripada 40 peratus karbohidrat 
kompleks, 30 peratus protein dan 30 peratus lemak sihat.

so,bile metabolisme meningkat, kadar kalori badan kite akan berkurang..so selamat mencuba!!!!

3 comments:

yahya zakaria said...

kalo guna foot patch boleh gak kan nak kawal lemak???

yahya zakaria said...

kalo kawal lemak gune foot patch boleh jugak kan???

FADZLIEMAS said...

huhu..xpasti sangat la..foot patch tu remove toksin,bukan lemak.. tp lau toksin removed dr badan, so metabolisme badan pon meningkat..