Tuesday, April 10, 2012

Oversea, praktikal

Assalamualaikum...salam ukhuwah....

Ish...betul ke jadi macam tu?? biar betul.... itu  yang terfikir dalam fikiran aku bila mendengar 2 kisah yang ku dengar dalam minggu ini... ku ceritakan 1 persatu,

1) Ahad lepas aku tonton cerita Nona di TV3 (sebab mak nak tengok, lau x maleh jgk nk tgk Nona). Then alkisah Nona menemubual eksklusif dengan Pelajar Cemerlang SPM 2004 , Amalina Che Bakri. Dalam temubual itu Amalina menjawab tohmahan masyarakat yg mengatakan dia berubah. Apa yang dia jawab bahawa  dia xpernah berubah, kerana pakaian 'berfesyen' sudah menjadi trend beliau sejak kecil lagi, dan beliau bertudung (seperti mana kita tahu) adalah kerana terlibat dengan progrm2 motivasi lepas keputusan SPM beliau... Jadi nak dikatakan yang Amalina ni memg awal2 xbertudungla..

2) Isnin lepas datang sorg kawan ku ke kampus untuk melawat member2. Dia baru abes praktikal dan bakal terus sambung kerja tempat die praktikal. Aku bertanya mengenai pengalaman dia. Diceritakan, semasa praktikal, dia dan rakan2 sedang makan sambil berborak, tiba2 ada sorg kawannya hulur arak mcam hulur air  milo pada member aku sorang ni.. seb bek iman ada lg, member aku tolak pelawaan die.. Yang mengejutkan lg, dorg sume ISLAM ...Dan dia beritau pada aku yg dia bertekad untuk tegur kawan2 sekerjanya kelak.


Dua cerita ni sudah cukup menggambarkan keadaan umat Islam yang serba daif dari segi moral dan akhlak.. Orang yang kita jadikan contoh/ pedoman dalam hidup pown kita tidak tengok dari segi dalamannya. Solat ke tidak, tuntutan agama dipatuhi ke tidak, aurat jaga ke tidak, akhlak baik ke tidak dan sebagainya.

Perasan atau tidak bila kita menggagumi seseorang, perkara2 yg  saya sebutkan tadi tidak diambil kira.. kita hanya lihat kejayaan/penampilan seseorang semata.. Populariti seseorang menjadi kayu ukuran untuk menilai orang yang kita ingin sanjungi. Tengoklah rancangan2 realiti yang menusuk kalbu dalam masyarakat kita.. Seolah2 ianya sudah sebati dalam kehidupan masyarakat Malaysia ni... Adakah kita juga sama???

Fikir2kan dan selamat beramal....^_^
Dulu rancangan ini sangat digemari.. aku pown x terkecuali.hehe

P/S : tiada niat untuk memburukkan sesiapa, cerita yang saya bawakan berdasarkan cerita yang diceritakan sendiri oleh pencerita tersebut. Tiada unsur2 tambahan dalam post ini.. InsyaAllah

No comments: