Thursday, May 31, 2012

GSC camp

Alhamdulillah, baru je tamat Global Science Camp anjuran sekolah MRSM Tun Ghafar Baba.

Seronok dapat ikram junior2 dari pelbagai latar belakang sekolah n perangai.

And kami as fasi pon bermacam2 la respon terhadap adik2 semua. Apapun great job both sides. Semua beri kerjasama dan semangat yang tinggi.


Some my friends kata, 'Fadzli, baik ko p je wat fyp, xpayah nak serius sangat la dengan student2 MRSM nie'...
Terpikir jugak, watpe nak semangat2 sangat kan2??haha..xdela

Lepas pikir2, it is better to use my knowledge to contribute to others..Rite? Watpe ilmu tinggi2 tp xnak kongsi pada org. So I took this opportunity to teach how to make sabun and candle!..haha,simple2 je project. But I quite impress bile adik2 ni mampu bertany soalan yg susah sy nak jawap..haha..malu gitu.

Anyway, apa yang penting niat kene ikhlas. Korbankan masa, tenaga, dll atas tujuan dan maksud yang baik. Itu yang Rasulullah pesan pada umatnya. Untuk mencapai ibadat yg sempurna dari segenap segi urusan hidup kita, ikhlaskan niat kerana Allah, kerana ingin menunjukkan syukurnya kita terhadap nikmat Allah dengan menyalurkan nikmat tersebut kejalan yang betul..Iklaskan segala perbuatan kita kepada Allah untuk mendapat keredhaanNya.....^_^

Adik2 dari MRSM Kuala Kubu Baru...my assigned junior for GSC camp

time ni baru pas grand dinner/supper...muka2 kenyang..haha
habis sudah GSC camp,focusing on fyp and biogas plant competition...wish me luck..^_^


Thursday, May 3, 2012

Babi Hutan Datang 'Menyerang!!'

Lately ni kampus ku digegarkan dengan berita babi2 hutan masuk ke perkarangan hostel kampus. Makhluk tersebut berkeliaran pada waktu malam bermula pada waktu Magrib. Lebih mengejutkan ada satu masa tu babi  tersebut dengan berani nya lalu di kawasan parking dan kawasan taman perkarangan hostel.

Tapi itu aku dengar dari kawan2 je, lau jumpa pon koman2 kat belakang hostel, so xla kesah sgt sbb xde org lalu pown...

gangster x mahkluk ni??haha

Jadi untuk melihat dengan mata kasar, aku pown tunggu la dan lihat kalau2 babi tersebut ada datang lagi kekawasan taman perkarangan hostel.. Namun apa yang aku jumpa ialah pasangan2 couple yang belum lagi bernikah, dan even ada yang masih belum bertunang..

Aku perhati je, tengok mereka dekat2, nampak cam nak belajar (cehh,,husnuzon sangt nih). ada siap tepuk tampar, sampai makanan depan mereka bersepah2...apa da jadi~~~~

Mana babi yang dikatakan melalui kawasan tersebut??yang aku lihat couple je,, bia betul kawan aku sorang ni,wat2 cerita ke?

Dengan xsemena aku teringat hadis Rasullullah yang lelaki dan perempuan bukan mahram haram untuk berdua2an atau apa2 perkara yang mendekatkan diri pada zina. Sabdaanynya bermaksud

"Bergomollah dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding bersentuhan (dengan sengaja) dengan wanita bukan mahram"
Diriwayatkan daripada Ibnu Majah

So kita ni macam mana?? Adakah kita ni terlalu hebat hendak membidas kata2 nabi??

kita tambah lagi dengan ayat Allah,

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Dan janganlah kamu dekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Al-Israk, 32)

Jelasnya, couple yg biasa kita teringin nak buat jelas hukumnya. Perumpamaan yang Rasullullah beri sudah cukup mengambarkan betapa buruknya dengan sengaja bersentuhan dengan wanita bukan mahram.

So, kita yang sedar ni kenela sedar2kan yang lain (termasuk saya nie, isk2)

Sekian...selamat beramal...^_^