Friday, May 20, 2011

SeJaUh MaNa TaHaP SoLaT KiTa



(dipetik dan diedit dari ‘iluvislam’ utk dikongsi bersama)
Mengapa ibadah sembahyang tidak membangunkan insan?
            Dalam membaiki diri, kita nilaikan solat kita. Nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu segala permasalahan dan permintaan kita daripadaNYA. Ini juga gambaran secara keseluruhannya mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
 




GOLONGAN  PERTAMA
            Hari ini kita boleh lihat ramai umat islam tidak solat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak solat; mereka telah jatuh kafir dan jatuh saham mereka di akhirat. Imam Malik berkata, jatuh kafir kalau tidak solat tanpa sebab. Imam Syafie berkata jatuh fasik (juga masuk neraka) kalau dia masih yakin solat itu fardhu ain iaitu wajib untuk dilaksanakan bagi setiap umat islam.
GOLONGAN KEDUA
            Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja, bacaan tidak betul, tidak ikut tajwid, taqlid buta, main ikut-ikut sahaja. Asal kawan ajak solat, pada masa itu jugak dia mahu solat. Kalau kawannya tidak Nampak, dia pasti tidak akan melakukannya. Belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi pun tidak ada. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah. Na’uzubillahimin zalik…
GOLONGAN KETIGA
            Orang yang mengerjakan solat dan tahu ilmu mengenainya, tetapi gagal melawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Mereka ini sekejap solat, sekajap tidak. Kalau ada masa dan mood baik dia akan solat. Tetapi kalau sibuk, ada program kenduri, pest aria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka dia tak solat. Orang ini jatuh fasiq.
GOLONGAN KEEMPAT
            Orang yang solat, kalau pun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tidak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya. Lafaznya banyak yang tidak faham, fikirannya tidak terpuat atau tertumpu sepenuhnya pada solat yang dilaksanakannya kerana tidak faham apa yang dibaca. Cuma hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam solat yang didirikan. Orang ini lalai. Neraka wail bagi orang jenis ini. Kita akan bincangkan mengenai golongan ini kemudian.
GOLONGAN KELIMA
            Mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tidak dihayati maksud dalam solat. Fikirannya melayang mengingatkan perkara dunia. Golongan ini dikategorikan sebagai solat awwamul muslimin.
GOLONGAN KEENAM
            Golongan ini baik sedikit dari golongan yang kelima, tetapi main tarik tali dalam solat, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu dalam solat, terus terbawa-terbawa dan berkhayal. Bila teringat Allah secara tiba-tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solatnya. Begitulah sehingga selesai solatnya. Dia merintih dan tidak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Ini adalah golongan berjiwa lemah. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tidak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima Allah, mana yang lalai itu semoga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai solat itu.
GOLONGAN KETUJUH
            Golongan yang mengerjakan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawadengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan di luar solat tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya, namun tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solatnya. Dia disebut soleh, abrar ataupun ashabul yamin yakni orang golongan kanan yang akan mendapat kitab amalannya di akhirat kelak dengan tangan kanan.
GOLONGAN KELAPAN
            Golongan ini seperti juga golongan ketujuh, tetapi mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan sahaja faham dan tidak mengingati dunia dalam solatnya, malahan dia dapat menghayati setiap maksud bacaan solatnya itu dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tidak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Namun dia masih sedar dengan alam sekelinlingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam solatnya. Inilah golongan Muqorrobin (Yang hampir dengan Allah).

GOLONGAN KESEMBILAN
            Ini merupakan golongan tertinggi. Bukan sahaja ibadah solat itu dijiwai dalam solatnya, malah ia dapat mempengaruhi di luar solat. Kalau dia bermasalah, langsung di solat kerana dia yakin solat penyelesai segala masalah. Dia telah fana dengan solat. Solat telah jadi penyejuk hatinya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
            Jadi marilah kita sama-sama renungkan, dimanakah kedudukan solat kita sebenarnya?? Adakah kita tergolong pada golongan ketujuh hingga kesembilan?? Layakkah kita?? Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah bersama. Selagi Allah memberi kita nikmat tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang cerdas, nikmat nyawa dan pelbagai lagi nikmat yang DIA berikan sehingga tidak terhitung nilainya, kita masih diberi masa untuk berubah dan mengubah diri kita yang tidak betul ini. Masih ada lagi peluang, jangan biarkan azam kita itu tertangguh hanya kerana duniawi, kerna jika ia terlepas begitu sahaja, maka payahlah kita untuk mendapatkannya semula. Biarlah detik dan waktu ketika ini menjadikan azam kita itu boleh terlaksana.. sama-samalah kita mengubah diri kita.. ‘Ya Allah, Ya Tuhanku, berilah petunjuk hidayahmu, tunjukkanlah hambamu yang hina dina ini ke jalan yang engkau redhoi, kurniakanlah hambamu yang lemah ini dengan kekhusyukan untuk mendekatkan diri padaMU Ya Robbi, dan ampunkanlah dosa-dosa hambamu ini, sesunggunya Engkaulah Yang Maha Pengampun Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..’ AMIN YA ROBBAL ‘ALAMIN……..

No comments: