Sunday, July 1, 2012

Kek Lapis Sarawak

Assalamualaikum..

Entry kali ni nak cerita bout my new bisnes..haaa.,sekarang kita jual kek lapis sarawak..

Harga best deal, at good price, xramai yg jual kek lapis harga yg saya jual neh..

bawah ni promotionnye....


 Yang kat sebelah kiri ni kek lapis berinti, ada 5 jenis  semuanya

biasa org order cadbury dgn sisik ikan,, masam manis pown sedap jugak.


harga rm 15, saiz 2x8 inch..
Tapi kalau nak saiz lain bole tny pada saya..

untuk tempahan raya bole, kenduri kahwin pon bole. ikut customer demand la.







Yang kat sebelah kiri ni kek lapis biasa, ada 8 jenis  semuanya

biasa org order cheese holiday inn n 3 rasa, yang 3 rasa best seller setakat ni, papermint sedap jugak.


harga rm 14, saiz 2x8 inch..
Tapi kalau nak saiz lain bole tny pada saya..

untuk tempahan raya bole, kenduri kahwin pon bole. ikut customer demand la.





Saya ada tester untuk customer rasa, tapi limited la, but not to worry, semua kek lapis ni sedap2 belaka.. setakat dari respon pelanggan diorang kate rase kek lapis ni yg terrbaikk..jadi giliran masa anda pula rasainya sendiri..huk2


Okeh, papa hal bole contact me at 013-5993981, or emel je kat fadzlirzk81@gmail.com

Bayaran secara terus/ cimbclick bank in..

P/s: harga kek tidak termasuk harga pos, harga pos bergantung pada tempat yg hendak dipos.



Thursday, May 31, 2012

GSC camp

Alhamdulillah, baru je tamat Global Science Camp anjuran sekolah MRSM Tun Ghafar Baba.

Seronok dapat ikram junior2 dari pelbagai latar belakang sekolah n perangai.

And kami as fasi pon bermacam2 la respon terhadap adik2 semua. Apapun great job both sides. Semua beri kerjasama dan semangat yang tinggi.


Some my friends kata, 'Fadzli, baik ko p je wat fyp, xpayah nak serius sangat la dengan student2 MRSM nie'...
Terpikir jugak, watpe nak semangat2 sangat kan2??haha..xdela

Lepas pikir2, it is better to use my knowledge to contribute to others..Rite? Watpe ilmu tinggi2 tp xnak kongsi pada org. So I took this opportunity to teach how to make sabun and candle!..haha,simple2 je project. But I quite impress bile adik2 ni mampu bertany soalan yg susah sy nak jawap..haha..malu gitu.

Anyway, apa yang penting niat kene ikhlas. Korbankan masa, tenaga, dll atas tujuan dan maksud yang baik. Itu yang Rasulullah pesan pada umatnya. Untuk mencapai ibadat yg sempurna dari segenap segi urusan hidup kita, ikhlaskan niat kerana Allah, kerana ingin menunjukkan syukurnya kita terhadap nikmat Allah dengan menyalurkan nikmat tersebut kejalan yang betul..Iklaskan segala perbuatan kita kepada Allah untuk mendapat keredhaanNya.....^_^

Adik2 dari MRSM Kuala Kubu Baru...my assigned junior for GSC camp

time ni baru pas grand dinner/supper...muka2 kenyang..haha
habis sudah GSC camp,focusing on fyp and biogas plant competition...wish me luck..^_^


Thursday, May 3, 2012

Babi Hutan Datang 'Menyerang!!'

Lately ni kampus ku digegarkan dengan berita babi2 hutan masuk ke perkarangan hostel kampus. Makhluk tersebut berkeliaran pada waktu malam bermula pada waktu Magrib. Lebih mengejutkan ada satu masa tu babi  tersebut dengan berani nya lalu di kawasan parking dan kawasan taman perkarangan hostel.

Tapi itu aku dengar dari kawan2 je, lau jumpa pon koman2 kat belakang hostel, so xla kesah sgt sbb xde org lalu pown...

gangster x mahkluk ni??haha

Jadi untuk melihat dengan mata kasar, aku pown tunggu la dan lihat kalau2 babi tersebut ada datang lagi kekawasan taman perkarangan hostel.. Namun apa yang aku jumpa ialah pasangan2 couple yang belum lagi bernikah, dan even ada yang masih belum bertunang..

Aku perhati je, tengok mereka dekat2, nampak cam nak belajar (cehh,,husnuzon sangt nih). ada siap tepuk tampar, sampai makanan depan mereka bersepah2...apa da jadi~~~~

Mana babi yang dikatakan melalui kawasan tersebut??yang aku lihat couple je,, bia betul kawan aku sorang ni,wat2 cerita ke?

Dengan xsemena aku teringat hadis Rasullullah yang lelaki dan perempuan bukan mahram haram untuk berdua2an atau apa2 perkara yang mendekatkan diri pada zina. Sabdaanynya bermaksud

"Bergomollah dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding bersentuhan (dengan sengaja) dengan wanita bukan mahram"
Diriwayatkan daripada Ibnu Majah

So kita ni macam mana?? Adakah kita ni terlalu hebat hendak membidas kata2 nabi??

kita tambah lagi dengan ayat Allah,

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Dan janganlah kamu dekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Al-Israk, 32)

Jelasnya, couple yg biasa kita teringin nak buat jelas hukumnya. Perumpamaan yang Rasullullah beri sudah cukup mengambarkan betapa buruknya dengan sengaja bersentuhan dengan wanita bukan mahram.

So, kita yang sedar ni kenela sedar2kan yang lain (termasuk saya nie, isk2)

Sekian...selamat beramal...^_^

Wednesday, April 25, 2012

Reka Pokok....

Salam Ukhuwah..

Lately ni stress dengan diri (masalah hati..huuhuu). Ada satu assignment model yg kami kene buat untuk present .
Malang xberbau pada hari nak present, kami xberpeluang untuk present selepas berpulun menyiapkan model tersebut. Betambah lagi bila time balik bilik model kami rosak atas sebab2 yang tidak pasti..

Sungguh stress bilamana lagi2 model yang ku reka dengan group hancur begitu shj.. Hati mana x hancur lepas  dengan semangatnya buat assignment last2 rosak camtu je...

Alhamdulillah, berkat sokongan rakan2, aku kumpulkan balik saki baki semnagat yg tinggal untuk betulkan balik model. Akhirnya, model tu siap dibina semula, dan aku ambil keputusan untuk pergi present walaupun sepatutnya xdapat present.

Dengan gamble nye maka kami segroup pegi la kelas untuk present. Sebaik shj habis present, komen drpd lecturer sgt memberangsangkan.. Malah terpilih sebgai antara yg berbaik..Hepi sgt2 sebab usaha yg diletakkan membuahkan hasil..



Begitu juga peranan kita  sebagai daie (pendakwah). Wajib keatas kita untuk melaksanakan dakwah. Analoginya seperti assignment model yg diberikan. Perlu kita lakukan nya demi mendapatkan hasil yang sempurna. Namun perjalanan nya xsemudah itu, dalam mencapai matlamat dakwah, kita akan diuji dengan pelbagai dugaaan yang dapat melemahkan kita dalam menjalankan usaha dakwah.. Jadi pentingnya rakan2 sekeliling dan masyarakat setempat untuk sentiasa memberi sokongan dan dorongan agar semangat dakwah yang termaktub dalam diri umat Nabi Muhammad S.A.W tidak luput begitu shj..

Lepas present..legaa
Belajar dari pengalaman, kerna sebaik2 pelajaran adalah melalui pengalaman... Selamat bermuhasabah dan selamat beramal...^_^

Thursday, April 12, 2012

Ish..xkusangka macam tu orangnya



Ada satu masa di kampus waktu pilihanraya perwakilan mahasiswa berlangsung, ada terdengar cerita2  xenak terhadap diriku


'Boleh ke Fadzli jd perwakilan mahasiswa MICET???'
' Fadzli ni ada agenda tertentu ke???'
'Mampu ke die setanding dengan JPM lepas???'

Itu antara coretan2 lampau yang dapat aku simpulkan bila masa aku bertanding untuk jawatan JPM tahun lepas..

Sekarang da jadi mantan da xkesah daa.... haha..

Bila difikirkan, itulah sifat buruk sangka yang menular dalam masyarakat kita ni.. kita selalu mempertikai sesuatau tanpa usul periksa terlebih dahulu...Seolah2 ianya menjadi lumrah dalam kehidupan dunia nie..betul x??
Tapi bila difikirkan balik, kadang2 aku pown macam tu jgk...ada je kdg2 nak buruk sangka atas sesuatu...Astagfirullah...

lately ni ada baca buku Melawan Fikiran Negatif karangan Muhammad Muhyidin, membahaskan tentang sifat buruk sangka dalam masyarakt kita..jadi nak share skit untuk renungan bersama...^_^

ciri-ciri buruk sangka adalah

1)   Tidak berdasarkan pada kebenaran

2)   Memiliki pra anggapan yang buruk

3)   Anggapan tidak sesuai dengan kenyataan

4)   Anggapan adalah berdasarkan pengalaman

Daripada Umar bin Khattab berkata
  'Janganlah kamu berprasangka pada perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan sangkaan yang baik. Dan hendaklah kamu sentiasa membawa perkataannya itu kepada prasangka yang baik'.

Bakar bin Abdullah al- Muzani yang biografinya dapat kita peroleh daripada kitab Tahdzib at-Tahdzib berkata 
  'Berhati-hatilah kamu semua pada perkataan yang sekalipun jika perkataan itu benar kamu semua tidak diberi pahala namun jika kenyataan itu salah, kamu semua mendapat dosa. Perkataan itu adalah berprasangka buruk kepada saudaramu.'

Jadi, mari kita mengambil ibrah dan elakkan buruk sangka dari bersarang dalam hati kita..

sama2 kita fikirkan dan selamat beramal...^_^

Tuesday, April 10, 2012

Oversea, praktikal

Assalamualaikum...salam ukhuwah....

Ish...betul ke jadi macam tu?? biar betul.... itu  yang terfikir dalam fikiran aku bila mendengar 2 kisah yang ku dengar dalam minggu ini... ku ceritakan 1 persatu,

1) Ahad lepas aku tonton cerita Nona di TV3 (sebab mak nak tengok, lau x maleh jgk nk tgk Nona). Then alkisah Nona menemubual eksklusif dengan Pelajar Cemerlang SPM 2004 , Amalina Che Bakri. Dalam temubual itu Amalina menjawab tohmahan masyarakat yg mengatakan dia berubah. Apa yang dia jawab bahawa  dia xpernah berubah, kerana pakaian 'berfesyen' sudah menjadi trend beliau sejak kecil lagi, dan beliau bertudung (seperti mana kita tahu) adalah kerana terlibat dengan progrm2 motivasi lepas keputusan SPM beliau... Jadi nak dikatakan yang Amalina ni memg awal2 xbertudungla..

2) Isnin lepas datang sorg kawan ku ke kampus untuk melawat member2. Dia baru abes praktikal dan bakal terus sambung kerja tempat die praktikal. Aku bertanya mengenai pengalaman dia. Diceritakan, semasa praktikal, dia dan rakan2 sedang makan sambil berborak, tiba2 ada sorg kawannya hulur arak mcam hulur air  milo pada member aku sorang ni.. seb bek iman ada lg, member aku tolak pelawaan die.. Yang mengejutkan lg, dorg sume ISLAM ...Dan dia beritau pada aku yg dia bertekad untuk tegur kawan2 sekerjanya kelak.


Dua cerita ni sudah cukup menggambarkan keadaan umat Islam yang serba daif dari segi moral dan akhlak.. Orang yang kita jadikan contoh/ pedoman dalam hidup pown kita tidak tengok dari segi dalamannya. Solat ke tidak, tuntutan agama dipatuhi ke tidak, aurat jaga ke tidak, akhlak baik ke tidak dan sebagainya.

Perasan atau tidak bila kita menggagumi seseorang, perkara2 yg  saya sebutkan tadi tidak diambil kira.. kita hanya lihat kejayaan/penampilan seseorang semata.. Populariti seseorang menjadi kayu ukuran untuk menilai orang yang kita ingin sanjungi. Tengoklah rancangan2 realiti yang menusuk kalbu dalam masyarakat kita.. Seolah2 ianya sudah sebati dalam kehidupan masyarakat Malaysia ni... Adakah kita juga sama???

Fikir2kan dan selamat beramal....^_^
Dulu rancangan ini sangat digemari.. aku pown x terkecuali.hehe

P/S : tiada niat untuk memburukkan sesiapa, cerita yang saya bawakan berdasarkan cerita yang diceritakan sendiri oleh pencerita tersebut. Tiada unsur2 tambahan dalam post ini.. InsyaAllah

Sunday, April 8, 2012

Kerana titisan hujan......


Hari ni aku pulang dari kampung halaman ke kampus kesayangan ku menaiki motor..agak gamble jugak la sebab jauh kowt.. tgah2 nak start ride ni tibe2 hujan...hurmm..lebat pulak tue

Namun ku gagahkan jugak meredah hujan dengan 'kuda' ku dengan harapan hujan akan reda masa perjalanan.. Jangkaan ku meleset sama sekali, makin jauh perjalanan, makin lebat hujannya.. terfikir pulak kat benak hati ku untuk berhenti rehat di mana2, tp kalau berenti ntah bila akan sampai kat MICET pulak..

Aku niatkan jugak yg aku mesti tempuh hujan ini, walau lenjun aku diibuatnya.. tambah lg lori2 yang memecut menyiram aku bak siraman ke pokok2 bunga,, tension betoll..ku teruskan juga perjalanan dan masih berharap hujan akan reda..

Masih lagi hujan tidak reda, aku berehat di R&R sementara tunggu hujan yg lebat kian reda.. Alhamdulillah hujan mulai reda dan aku meneruskan perjalanan. Tapi semasa perjalanan diteruskan, hujan tetap turun dan tidak menunjukkan tanda2 hujan akan berhenti...

Akhirnya, aku pasrah dan redah jela..da nak hampir sampai pown.. bila aku hampir sampai, hujan tiba2 berhenti.. Alhamdulillah mudah perjalanan ku,dan aku ambil kesempatan untuk keringkan pakaian aku dengan prengg moto laju2. haha...sesampai nya di MICET, aku disambut riang oleh rakanku. Segala kepenatan hilang dan kepayahan meredah hujan seolah2 tiada kesan kepadaku.. yg ada dalam hatiku kesyukuran kerana selamat sampai di destinasi..

Tapi sebenarnya, bukan kisah aku naik moto dalam hujan fokusku dalam entri ni, tapi ingin menunjukkan contoh ujian Allah pada hambaNya.. kehidupan ini dihiasi dengan pelbagai mehnah dan tribulasi untuk kita fikiri di atas makna dan tujuan keberadaan kita di muka bumi,.. Ujian yang Allah berikan adalah untuk menguji  sejauh mana kebergantungan kita pada Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengiktiraf iman hambaNya selagi iman itu tidak di uji.


Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.                                                                             Surah Al - Baqarah : 214

Jadi yakinlah bahawa Allah dekat dengan diri kita.. Jangan berputus asa jika ditimpa musibah, atau dugaan kerana Allah sudah memberi jawapan mengapa kita diuji dalam Surah al - Baqarah : 214. Ujian datang dalam pelbagai bentuk samaada kesenangan mahupun kesusahan. Yang mana jenis ujian yang turun kepada kita bergantung pada keinginan Allah dan bergantung kepada tahap iman kita.. seperti dalam firman Allah yang bermaksud,

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".                                           Al - Baqarah :286

Banyak kan mohon pertolongan bila ujian  menimpa ya..
sama2 kita fikirkan, dan ambil ibrah dari perkongsian saya yang xseberapa ini. Itu saja perkongsian kali ini, selamat sejahtera, dan selamat beramal...^_^     

Thursday, February 16, 2012

Berbekam

Alhamdulillah, lama xupdate blog..huhu

Setelah beberapa lama, baru2 ni pergi kursus  bekam (saje nak gain new knowledge)

Seronok pulak rase cam nak berbisnes bekam lak..

anyway da beberapa org jgk dibekamkan, alhamdulillah respond masing2 baik

moga rakan2 yang berbekam dengan saya dikurniakan  kesihatan yang baik..

tu je nak post...sekian ^_^