Popular Posts

Sunday, February 24, 2013

Memahami erti mengajak

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, ada peluang untuk update blog (padahal asyik lupa n malas jek..huhu)

Dalam entri lepas sy berkongsi sikit tentang dakwah dan islah. Untuk entri kali ni nak share la sikit cebisan ilmu yang sy kutip untuk muhasabah sendiri n pembaca sekalian..

Entri lepas sy janji untuk bncangkan tentang cara berdakwah, apa yg kita boleh buat. Bila cakap tentang dakwah, haa.... mesti ada antara kita terasa layak ke aku nak dakwah?? ilmu xcukup, dakwah tu untuk para ulama je... haih...  aku pon selalu camni jugak...=_=

Ok, kitaputar alam sikit... dakwah = mengajak, so maksud mudah nya, kita mengajak!!.. kita ajak kepada sesuatu kebaikan, kita ajak untuk Islam, then kita dapat pahala..betul???

Jadi kita luaskan skop 'mengajak' ni kepada skop lebih luas, keluar dari pemikiran kotak kita... mengajak ni bole jadi bayak cara, so sya kelaskan pada 2. mengajak secara terang2an, mengajak secara halus. secara terang al maklumlah, secara direct approach kita sampaikan apa yg hendak disampaikan. secara halus adalah dakwah yg secara xlangsung beri kesan kepada orang lain melalui perbuatan, percakapan dan tingkah laku seharian kita...

So 'mengajak' secara halus ni banyak cabang nya..
Antaranya....

1. bil hal (perbuatan)
2. bil mal (bantuan)
3. bil lisan ( pertuturan)
4. penulisan
5. dll (pikir2lah..huhu)

Dakwah juga perlu kene caranya, supaya orang boleh menerima ajakan kita
kenapa dakwah ini penting?? sebab kita lah yang bakal menjadi saksi bahawa risalah yg dibawa oleh Rasullullah sampai keakhir zaman. (so kita kena berbangga kerana kita lah saksi Islam sampai keakhir zaman di akhirat kelak)..tapi kene INGAT, kita didatangi dengan tanggungjawab dakwah... sekecil mana usaha dakwah kita itulah akan dipersoal diakhirat kelak, bukannya seramai mana orang kita dakwahkan diakhirat kelak.. kerana itu urusan Allah... kita sebagai hambaNya hanya layak berusaha membantu agama Allah, selebihnya itu kehendak Allah..

Lagi satu mungkin kita fikir, alah......... perkara kecik je, org bukan ambil kesah pown.. jika kita lihat sejarah nabi bagaimana nabi kita laksanakan dakwah, semuanya bermula daripada keperibadian Baginda sendiri. Islam diterima pada ketika itu berdasarkan akhlak Baginda yang cukup baik dan sempurna.. Jadi perlu ke kita nak pertikai untuk sekecil2 usaha dakwah kita??

Mari kita sama2 renung dan jadikan muhasabah,"Adakah perkara yang aku lakukan hari ni adalah dakwah pada orang lain???"

tu jela entri kali ni.. nak tau apa entri seterusnya???? Tungguuuuuuuu...................



No comments: