Friday, February 8, 2013

Approach orang yang xtahu atau orang yang buat derk jerk??

Aritu ada Brother Lim Jooi Soon datang ke surau kediaman seksyen 7 dengan kwannya (xingt tarikh), ada program ala2 debat.

Jadi dengan tertariknya aku pon p la dengar apa bende yang diceritakan. Rupanya tentang dakwah dan Islah. So nak share sikit pendangan Brother Lim tentang dakwah/islah.

Dakwah - mengajak/menjemput kepada kebenaran, kiranya bila kita sebut dakwah, kita mengajak/pelawa orang untuk mengamal cara hidup Islam

Islah - perbiaki/tambah baik/ kembali atau seumpamanya. Istilah Islah lebih kepada untuk improve amalan kita ke arah yang lebih baik.

Jadi kenapa perkara ni dibahaskan? Sbb kdang2 kita confuse adakah kita menjalankan dakwah? Adakah kita menjalankan Islah? Bagaimana nak beze kan antara kedua istilah ni? Adakah orang islam perlu didakwah? atau islah? Haa... da jd macam2..

So, Bro Lim pown jawablah, berdasarkan definisi yg da disebutkan, dakwah adalah mengajak pada islam, jadinya ia lebih dikhususkan untuk definisi orang islam mengajak orgr bukan islam untuk mendekati islam.

Islah pula lebih kepada antara sesama Islam, dimana kita saling peringati orang Islam yang da jauh dari ajaran islam untuk kembali pada Islam.

Clear??? timbul lagi persolan, jika mahu Islam berkembang, kene practice Islah dulu ka? dakwah dulu ka? mana lg utama?? ajak orang xkenal islam masuk islam atau orang islam yang xpeduli tentang Islam untuk kembali kepada Islam??

Menjawab pada persoalan ni, kita kene ambil contoh Rasullullah SAW, bagaimana baginda menyampaikan ajaran Islam ketika itu. Dimana, ada 1 peristiwa seorang arab badwi kencing dimasjid, maka Baginda membiarkan arab tersebut sudahkan kencing nya baru baginda menemui arab tersebut. Dalam pada masa sama, para sahabat berang dan mahu memukul lelaki tersebut, namun dihalang baginda. inilah pendekatan Islah dibawa Rasullullah SAW. Para sahabat tetap ditarbiyah baginda. Namum, dalam masa sama Rasullulah tetap menjalankan dakwah kepada Arab Badwi tersebut dengan bertoleransi dengan Arab itu walaupun dia melakukan kesalahan.


Jadi, perkara dakwah dan Islah kena seiringan. Dalam mana kita berdakwah kepada orang bukan Islam, juga saling meningislahkan orang sesama Islam. V(^_^).

Kenapa perlu berdakwah/kenapa perlu berIslah? kerana pada hari pengadilah nanti, akan ada peristiwa tuntut menuntut sesama manusia, kenapa kau xdakwahkan islam padaku, kenapa kau xkejut aku bangun subuh hari itu.. nauzubillah (takut bila dengar perkara ni, aku sendiri lemah untuk jalankan dakwah & islah ni)

BTW, mesti ada yang tertanya, cukup ke ilmu aku untuk dakwah?? belajar pown setakat islam tingkatan 5. Susah la nak dakwah, keje banyak... Tapi xkan itu alasan kita pada Allah kelak?? haa..kw Bro Lim ada shara cara sangat mudah untuk berdakwah. Kita share next post k?? ( digalakkan juga bg pandangan masing2 b4 sy post)

Setakat tu post kali ni. Pesanan untuk saya dan kawn2 semua..moga2 dapat manfaat dari penulisan xseberapa ni...(^_^)


P/s : Bro Lim Jooi Soon merupakan ahli PERKIM, dan sudah 17 tahun masuk Islam, beliau merupakan pakar dalam perbandingan agama, dan telah menganut agama Buddha & Kristian sebelum masuk Islam.. Gempak kan die ni...^_^.. Wa respect la...

No comments: