Sunday, March 17, 2013

Dia hanya orang biasa

Assalamualaikum.... ^_^

Terima kasih kerana terdetik untuk buka my blog yg xseberapa best nie.. (huhu).. teringin entri kali ni untek bercerita tntg seorang kisah yg mybe jrang2 kita dengar..


Alkisahnya.....

Di P.Pinang ada seorang pakcik pesara tentera. Beliau sudah meninggal di sebuah masjid yg mana ketika itu sedang berlangsung majlis ilmu pada malam jumaat selepas solat isyak. Jadi ramai lah tertanya2 apakah amalan pakcik tersebut sehingga mendapat kematian dalam keadaan husnul khotimah.


Jadi selepas diselidik oleh kariah2 masjid disitu, maka didapati bahawa pakcik tersebut merupakan barber di kawasan berdekatan masjid itu. Pakcik ni hanyalah orang biasa, tiada la orang gelar ustaz ke, imam ke, alim2 ke, malah kariah masjid pon xberapa kenal dia.

Namun terdapat satu sifat yg baik terhadap pakcik ni. Di kedai gunting pakcik ni kosong, xda paper / apa2 majalah hiburan yg ada gambar perempuan, kecuali 2 gambar tok guru yg besar digantung pada dinding kedai beliau. Apabila masuk waktu solat, pakcik ni akan tutup kedai dan xlayan customer yg nak gunting rambut time tu, malah pakcik tu ajak untuk pergi solat. Sepanjang perjalan jalan kaki pakcik tu kemasjid, beliau akan tegur org yg sempat ditegur untuk ajak solat. Pakcik tu akan cakap " jom solat", kemudian berlalu. Dan pakcik tu xpernah tinggal majlis ilmu yg diadakan dimasjid berkenaan.

Jadi terungkai la persoalan tentang keistimewaan pakcik ini. Moga2 kita mampu juga melakukan seperti apa yg dilakukan oleh pakcik tersebut.

(Ini adalah kisah sebenar, diceritakan oleh Ustaz Tuan Syed Abdul Kader Al Jofree)

Tanggungjawab sebagai muslim adalah dakwah dan islah


Kesimpulan,
bukan persoalan ilmu di dada da title yg diperlukan untuk mengajak kepada kebaikan, tetapi nilai istiqomah diatas kemampuan dan keinginan untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah itu lah yang boleh mendorong kita agar tergolong seperti dalam kisah pakcik itu. Walaupun didunia beliau tidak dikenali, namun berkat amalan beliau pasti membuatkan pakcik itu terkenal dilangit. InsyaAllah.

Kisah ini untuk pedoman saya, dan untuk di share pada rakan2 semua.... ^_^

No comments: