Sunday, April 8, 2012

Kerana titisan hujan......


Hari ni aku pulang dari kampung halaman ke kampus kesayangan ku menaiki motor..agak gamble jugak la sebab jauh kowt.. tgah2 nak start ride ni tibe2 hujan...hurmm..lebat pulak tue

Namun ku gagahkan jugak meredah hujan dengan 'kuda' ku dengan harapan hujan akan reda masa perjalanan.. Jangkaan ku meleset sama sekali, makin jauh perjalanan, makin lebat hujannya.. terfikir pulak kat benak hati ku untuk berhenti rehat di mana2, tp kalau berenti ntah bila akan sampai kat MICET pulak..

Aku niatkan jugak yg aku mesti tempuh hujan ini, walau lenjun aku diibuatnya.. tambah lg lori2 yang memecut menyiram aku bak siraman ke pokok2 bunga,, tension betoll..ku teruskan juga perjalanan dan masih berharap hujan akan reda..

Masih lagi hujan tidak reda, aku berehat di R&R sementara tunggu hujan yg lebat kian reda.. Alhamdulillah hujan mulai reda dan aku meneruskan perjalanan. Tapi semasa perjalanan diteruskan, hujan tetap turun dan tidak menunjukkan tanda2 hujan akan berhenti...

Akhirnya, aku pasrah dan redah jela..da nak hampir sampai pown.. bila aku hampir sampai, hujan tiba2 berhenti.. Alhamdulillah mudah perjalanan ku,dan aku ambil kesempatan untuk keringkan pakaian aku dengan prengg moto laju2. haha...sesampai nya di MICET, aku disambut riang oleh rakanku. Segala kepenatan hilang dan kepayahan meredah hujan seolah2 tiada kesan kepadaku.. yg ada dalam hatiku kesyukuran kerana selamat sampai di destinasi..

Tapi sebenarnya, bukan kisah aku naik moto dalam hujan fokusku dalam entri ni, tapi ingin menunjukkan contoh ujian Allah pada hambaNya.. kehidupan ini dihiasi dengan pelbagai mehnah dan tribulasi untuk kita fikiri di atas makna dan tujuan keberadaan kita di muka bumi,.. Ujian yang Allah berikan adalah untuk menguji  sejauh mana kebergantungan kita pada Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengiktiraf iman hambaNya selagi iman itu tidak di uji.


Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.                                                                             Surah Al - Baqarah : 214

Jadi yakinlah bahawa Allah dekat dengan diri kita.. Jangan berputus asa jika ditimpa musibah, atau dugaan kerana Allah sudah memberi jawapan mengapa kita diuji dalam Surah al - Baqarah : 214. Ujian datang dalam pelbagai bentuk samaada kesenangan mahupun kesusahan. Yang mana jenis ujian yang turun kepada kita bergantung pada keinginan Allah dan bergantung kepada tahap iman kita.. seperti dalam firman Allah yang bermaksud,

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".                                           Al - Baqarah :286

Banyak kan mohon pertolongan bila ujian  menimpa ya..
sama2 kita fikirkan, dan ambil ibrah dari perkongsian saya yang xseberapa ini. Itu saja perkongsian kali ini, selamat sejahtera, dan selamat beramal...^_^     

No comments: